CEO Proton kini dilantik sebagai CEO Malakoff

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd, Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali kini telah dilantik sebagai CEO baharu Malakoff Corp Bhd.

 

Menurut Malakoff dalam pemfailan Bursa Malaysia hari ini, pelantikan itu akan berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2017.

 

 Ahmad Fuaad akan menggantikan Habib Husin, yang merupakan Ketua Pemangku Malakoff sejak Jun, kata Malakoff.

 

Walaupun Habib akan berhenti sebagai CEO,  namun beliau tetap menjadi Naib Presiden, Eksekutif Operasi Malakoff.

 

Sebelum bertugas sebagai CEO Proton, Ahmad Fuaad merupakan ketua pegawai operasi (kewangan & korporat) dan ketua pegawai kewangan DRB-Hicom dari Ogos 2013 hingga Mac 2016.

 

Tahniah dan selamat menjalankan tugas kami ucapkan kepada Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali.

Sumber http://www.theedgemarkets.com/article/outgoing-proton-chief-ahmad-fuaad-named-malakoff-ceo