Cerun runtuh - Hanya satu lorong dibuka di Jalan Kota Tinggi-Kluang

oleh Penyumbang Rencana|
Satu kejadian cerun runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kota Tinggi-Kluang di laluan FT091 Seksysen 70.2-70.2 pada Khamis.

Berdasarkan laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, kejadian itu menyebabkan hanya satu lorong sahaja dibuka ketika ini bagi kegunaan kepada semua kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan dilakukan dari masa ke masa oleh pihak berwajib bagi memastikan keselamatan di laluan berkenaan.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met-Malaysia) melaporkan, ribut petir dan hujan lebat diramalkan berlaku daerah Muar, Batu Pahat dan Pontian manakala hujan berterusan dijangka berlaku di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Selain itu, tiga sungai melibatkan Sungai Segamat di Segamat Kecil, Sungai Skudai di Kampung Pasir, Johor Bahru dan Sungai Asyer Hitam di Kampung Mawai Kota Tinggi mencatatkan peningkatan dan berada pada aras waspada setakat jam 4 petang Khamis.

Sungai Segamat mencatatkan 36.16 meter (m) daripada aras bahaya (37.30 m), Sungai Skudai mencatatkan 0.06 m daripada aras bahaya (1.00 m) dan Sungai Ayer Hitam mencatatkan 3.04 m daripada aras bahaya 6.00 m.

Sementara itu, tiada ada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat jam 4 petang, Khamis dan hanya tiga PPS masih beroperasi melibatkan PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin bagi daerah Mersing manakala PPS Balai Raya Kampung Batu Badak dan PPS Balai Raya Kampung Jabi di daerah Segamat bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir dari kawasan sekitar.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kerja pembaikan cerun runtuh sedang dilaksanakan di tapak dan kita jangka mungkin dua ke tiga…
Berita Domestik
Jurucakap Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd. (LPT 2) berkata, insiden cerun runtuh tersebut berlaku…