CHERY KENALKAN PAKEJ SERVIS DAN WARANTI UNTUK PEMILIK BAHARU

oleh Firdaus Razani|
Chery Malaysia memperkenalkan Pakej Extra Peace of Mind kepada pemilik baharu model OMODA 5 dan TIGGO 8 Pro untuk memastikan pengalaman memandu tanpa-perlu-bimbang sambil memastikan kenderaan diselenggara dengan baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakej Extra Peace of Mind ini merangkumi penyelenggaraan penting bagi pemilik OMODA 5 dan TIGGO 8 Pro, memastikan kenderaan mereka diservis mengikut jadual dan diperiksa secara berkala.

Dengan tambahan RM11,600, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan pakej ini apabila membeli OMODA 5 atau TIGGO 8 PRO.

 

chery

 

Pakej ini adalah perlindungan bagi kenderaan baharu yang membolehkan pemilik mengekalkan kenderaan pada tahap tertinggi dan mencegah daripada menghadapi masalah yang tidak dijangka.

Pakej komprehensif ini merangkumi penggantian item penyelenggaraan berjadual seperti Minyak Enjin, Penapis Minyak Enjin, Coolant Radiator, Cecair Brek, Penapis Udara, Spark Plug, Pencuci Minyak Enjin, dan Minyak Transmisi untuk 7 tahun pertama.

Selain itu, pelanggan akan lebih yakin apabila membawa kenderaan mereka ke mana-mana pusat servis Chery yang sah di seluruh negara, kerana pusat-pusat servis hanya menggunakan produk asli Chery.

 

chery

 

Dengan membeli Pakej Extra Peace of Mind, pelanggan boleh yakin bahawa mereka tidak akan terjejas oleh peningkatan harga alat ganti dan kos penyelenggaraan dari masa ke semasa.

Hal ini kerana, dengan pakej tersebut, ia membolehkan pelanggann merancang perbelanjaan mereka dengan lebih berkesan dan cermat.

Selain itu, Pakej Extra Peace of Mind turut menawarkan waranti enjin selama 10 tahun atau perbatuan sehingga 1 juta km, memastikan perlindungan menyeluruh dan keyakinan yang meluas untuk pelanggan.

Untuk maklumat lanjut tentang Pakej Extra Peace of Mind, layari laman https://www.chery.my/ atau berkunjung ke pusat pameran Chery di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…
Berita Domestik
Chery Dari apa yang kami fahami, Chery ialah jenama utama dan ia direka untuk pasaran umum.…