Mengenai spesifikasi, TIGGO 7 PRO dinadikan dengan enjin 1.6L turbo yang menghasilkan kuasa output sehingga 197hp dan 290Nm tork.
Trenkuasa itu dipadankan dengan transmisi dwikuasa 7-kelajuan (DCT) yang memastikan penghantaran kuasa yang lancar sambil mengekalkan penggunaan bahan api pada 7.0L/100km.
Dari segi reka bentuk, Tiggo 7 Pro menampilkan gaya rekaan yang lebih moden, sporty dan segar sesuai untuk golongan muda yang meminati segmen SUV.
Ia turut hadir dilengkapi dengan sunroof panoramik yang luas, memberi kelebihan pada model ini untuk pengguna menikmati perjalanan dengan pengalaman pemanduan yang lebih menarik kepada pemandu dan penumpang.
Tampil sebagai SUV lima tempat duduk, TIGGO 7 PRO direka dengan tapak kulit berkualiti tinggi pada semua tempat duduk, menawarkan rasa mewah yang juga mudah dijaga.
Ia turut mempunyai kapasiti kargo bersaiz 475L sehingga 1672L apabila kerusi belakang dilipatkan kebawah, untuk memberi lebih banyak ruang.
Model ini turut didatangkan dengan ciri-ciri dalaman yang mengikut peredaran tren terkini seperti skrin berkembar integrasi 24.6 inci.
Reka bentuk tersebut menggabungkan dua skrin iaitu infotainmen dan klustermeter pemandu menjadi satu paparan, memberikan penampilan moden dan kabin kenderaan.
Selain infotainmen yang disokong oleh Apple Carplay dan Android Auto, Tiggo 7 Pro turut dilengkapi dengan Sistem Audio dari Sony yang pasti memberi kualiti bunyi yang terbaik melalui 8 pembesar suara.
Untuk ciri keselamatan pula, Chery Tiggo 7 Pro dilengkapi generasi terkini Advanced Driver Assistance System 2.5 (ADAS 2.5) dan menetapkan standard baru untuk sistem bantuan pemandu lanjutan dalam pasaran kenderaan elektrik dengan 16 fungsi.
16 fungsi ciri keselamatan ADAS yang terdapat dalam Tiggo 7 Pro ini adalah seperti berikut;
- Front Collision Warning (FCW)
- Autonomous Emergency Braking (AEB)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Multi Collision Brake (MCB)
- Traffic Jam Assistant (TJA)
- Door Open Warning (DOW)
- Rear Cross Traffic Braking (RCTB)
- Integrated Cruise Assist (ICA)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Rear Collision Warning (RCW)
- Lane Change Assist (LCA)
- Lane Departure Prevention (LDP)
- Lane Departure Reminder (LDR)
- Blind-spot Detection (BSD)
- Emergency Lane Keeping (ELK)
Tiggo 7 Pro ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Bloodstone Red with Black Roof, Carbon Black, Vanilla Blue dan Khaki White bersama bumbung warna hitam.
Pelanggan kini boleh membuat tempahan Tiggo 7 Pro dan SUV tersebut akan dipamerkan di semua pusat pameran Chery di seluruh negara bermula April 2024.
Pelanggan bakal mula menerima kereta Tiggo 7 Pro menjelang akhir Mei 2024.
Buat masa kini, harga jualan belum diumumkan secara rasmi, namun, Chery Malaysia memberitahu bahawa harga Tiggo 7 Pro akan berada di bawah anggaran RM130,000. Jadi berapakah harga yang anda fikir Chery Malaysia akan umumkan nanti?