Chevrolet Blazer baharu jadi crossover

oleh HEZERI SAMSURI|
Chevrolet nampaknya sudah memulakan strategi pemasaran baharu mereka dan mungkin sudah mula menghasilkan model-model yang lebih hampir kepada permintaan pasaran.

Blazer ialah satu model Chevy yang sangat popular di US. Ia adalah sebuah SUV besar yang dibina di atas platform trak pikap. Nampaknya Blazer akan bertukar menjadi sebuah crossover dengan kerangka monocoque yang lebih senyap, selesa dan semestinya, cantik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Blazer baharu ini akan dijana oleh enjin petrol 2.5L dengan tenaga 193 hp dan 255 Nm atau enjin 3.6L V6 petrol dengan 305 hp dan 365 Nm. 

 

 

Varian biasa Blazer dilengkapi dengan roda aloi 18-inci sementara varian RS dan Premier dengan roda aloi 20-inci. Turut diberikan pilihan untuk naik ke saiz 21-inci.

Ruang dalam  jauh lebih modern dan pemandu boleh menggunakan teknologi Apple Car Play atau Android Auto, WiFi hotsport dengan 4GLTE, enam port USB dan pengecaj henfon tanpa wayar.

 

 

Modern ialah perkataan paling sesuai untuk menerangkan Blazer baharu ini. 

Chevrolet sanggup mengenepikan kebolehan offroad Blazer ini kepada sebuah rekabentuk yang lebih canggih dan cantik kerana pasaran global memang ke arah sebuah crossover.

 

 

Di Malaysia, Chevrolet hanya menawarkan satu model untuk dijual - trak pikap Colorado. Blazer lama (gambar di atas) tidak pernah ditawarkan di Malaysia. 

Jenama Chevrolet semakin malap di Asia Tenggara nampaknya kerana tidak ada model yang wow. 

Mungkin Blazer baharu itu perlu datang ke rantau ini.

Berita Berkenaan

Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…
Berita Global
Namun, masih ada sinarnya kerana ia masih dikuasakan oleh enjin besar V8 LT2 6.2 liter, sama…
Berita Global
Jangka hayat model bajet Chevrolet itu tidak pernah bertahan lama, di mana produksi model generasi…