Chock G1: Klon Suzuki Jimny dari China (lagi...)

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Jimny generasi ketiga kini menjadi mangsa peniruan oleh sebuah syarikat automotif dari China untuk kenderaan elektrik kelajuan rendah (low speed electric vehicle, LSEV) mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menggunakan rekaan yang diperkenalkan oleh Suzuki pada tahun 1998 itu, kereta elektrik yang digelar Chock G1 ini dihasilkan oleh sebuah syarikat pengeluar motosikal terbesar di China, iaitu Dayang Motorcycles. 
 


Hampir keseluruhan rekaan Suzuki Jimny disalin dan ditampal kembali kepada Chock G1 ini, kecuali rekaan dalaman papan pemuka yang menggunakan rekaan tersendiri daripada Dayang. 

Kenderaan LSEV ini menggunakan motor elektrik yang menghasilkan sejumlah 8 hp dan mempunyai jarak pengoperasian sejauh 200 km dengan kelajuan tertinggi 46 km/j sahaja. 

Perbezaan ketara di antara Suzuki Jimny dan Chock G1 ini ialah Jimny mempunyai jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi (oleh kerana Jimny direka untuk tujuan off-road) dan kehadiran tayar simpanan pada pintu belakang. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Berdasarkan laporan polis yang dibuat pemilik berdaftar kenderaan di Miri, Sarawak, penguat…
Berita Domestik
  Dalam satu sidang media, Azmi berkata, nilai rampasan menjangkau sekitar RM3 juta.   "Satu kes…