Chris Bangle muncul dengan REDS

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perekabentuk kontroversi BMW, Chris Bangle muncul setelah lama menghilang.

Kali ini, hasil rekaan beliau digunakan oleh sebuah konglomerat China, China High-Tech Group Corporation (CHTC) yang meminta Chris menghasilkan sebuah konsep kenderaan elektrik (EV) untuk projek Revolutionary Electric Dream Space atau REDS.

REDS direka untuk golongan muda, profesional dan berpendapatan tinggi di China. Kumpulan sasaran itu dikatakan sentiasa mencari dimensi keempat selepas rumah, pekerjaan dan tempat-tempat bersosial.

REDS memang nampak bersegi seperti sebuah karektor Boboboi, dan ia adalah 11 inci lebih panjang dari Smart ForTwo. Tetapi, REDS juga adalah 10 inci lebih kurus, lapan inci lebih tinggi dan jarak roda sebenarnya 17 inci lebih pendek!

 

reds side

 

Namun begitu, walaupun kontot, REDS masih mampu memuatkan empat orang dewasa ketika bergerak. Ketika berhenti, ia mampu memuatkan lima dewasa di dalam kabinnya yang mengingatkan Careta kepada kapsul Karaoke di pusat hiburan.

Tempat duduk pemandu boleh dipusingkan ke belakang dan stereng boleh ditolak ke atas, menjadikan ia seperti sebuah ruang tamu untuk bersantai.

Ia tidak mempumyai enjin kerana REDS ini ialah sebuah kenderaan elektrik dan mampu bergerak selaju 120 kmsj. Tidak ada spesifikasi teknikal diberikan kerana nyata ia hanya sebuah konsep.

Paling penting, Chris Bangle sudah kembali dan penggila kereta menantikan apakah rekaan baharu beliau selepas REDS ini.