My Ami Cargo merupakan sebuah kereta mikro yang dibina khusus untuk tujuan penghantaran barangan jarak dekat di kawasan urban, di mana ia menampilkan ruangan barangan khas yang terletak disebelah pemandu.
Disebabkan itu, tiada tempat duduk untuk penumpang, sebaliknya digantikan dengan ruang yang mampu memuatkan sehingga 260 liter dengan had berat 140 kg.
Ruang tersebut boleh ditutup rapat dengan rak modular yang mampu menahan beban seberat 40 kg, dan bahagian tersebut boleh digunakan sebagai meja kerja, serta ruang tambahan untuk menempatkan dokumen sebesar A4 atau tablet.
Dari segi kuasa, My Ami Cargo didatangkan dengan motor elektrik 8 kuasa kuda, dan pek bateri 5.5 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 75 km dengan kelajuan maksimum 45 km/j.
Citroen juga turut menawarkan pelbagai jenis kustomisasi liveri luaran yang bersesuaian dengan perniagaan pelanggan, serta warna yang spesifik untuk barisan fleet kenderaan yang ditempah.