Cizeta V16T milik Sultan Brunei untuk dijual - harga mampu dengar

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar nama Cizeta Automobili, namun jika melihat kepada supercar yang satu ini, ramai yang akan menyangka ia sebuah produk Lamborghini Diablo yang diberikan lampu pop-naik.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Cizeta V16T atau nama asalnya dalam surat beranak Cizeta-Moroder V16T merupakan satu projek kerjasama bersama komposer muzik Giorgio Moroder, dan dibangunkan oleh sekumpulan bekas pekerja Lamborghini.
 


Unit yang dipamerkan dalam artikel ini merupakan unit yang pernah dimiliki oleh Sultan Brunei, dan seperti kebanyakan unit yang pernah dimiliki oleh Sultan, ia 'jarang sekali dipandu' dan jarak perbatuan kurang dari 1,000 km!

Cizerta V16T 1993 dengan casis bernombor #101 ini ditempah oleh Hong Seh Motors, dan ia pernah dipamerkan pada acara Geneva Auto Show 1993 sebelum sempat sampai ke tangan pemiliknya.

 


Disebabkan jarang sekali dipandu, keadaan supercar ini disifatkan sebagai 'kondisi showroom' tanpa sebarang karat dan calar terhadap cat luar, malah tayar juga dikatakan masih lagi merupakan tayar asal tahun 1993!!

Ruang kabin juga berada dalam keadaan baik, malah keadaan tempat duduk juga masih lagi sempurna seakan tidak pernah digunakan sebelum ini.

 


Enjin yang digunakan pada supercar ini bukanlah nadi V12 seperti yang digunakan pada Lamborghini Diablo, akan tetapi enjin 6.0 liter bentangan V16 yang menampilkan teknologi 64 injap, lapan camshaft, dua sistem pancitan bahan api, empat kepala silinder dan dua rantai pemasa.

Ketika keluar dari kilang tahun 1993, enjin V16 ini mampu menghasilkan 540 kuasa kuda dan 542 Nm daya kilas, selain menawarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4 saat tepat dan kelajuan tertinggi 328 km/j.

 


Harga jualan?

$725,000 atau RM2.96 juta mengikut kadar pertukaran mata wang semasa!

Sumber: Curated, Business Insider

Berita Berkenaan

Berita Global
Rupa paras kereta sports baji Itali (Italian wedge) ini sememangnya mengingatkan kita kepada sebuah…