Katanya, turut terbabit ialah LDP susur masuk ke Jalan PJU 8/8 Flora Damansara, susur keluar ke Jalan PJU 7/8 dan lampu isyarat Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana susur Penchala Link dan Kepong.
“Laluan alternatif keluar dari kawasan Mutiara Damansara, Damansara Perdana dan Flora Damansara adalah melalui dari Damansara Perdana ke Penchala Link menerusi Jalan PJU 7/9 Mutiara Damansara. Selain itu, dari Damansara Perdana ke Persiaran Surian melalui Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara.
“Bagaimanapun, laluan yang ditutup ini boleh dilalui ambulans, kenderaan bomba, polis dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, pihaknya akan menambah satu lagi sekatan jalan raya di Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara (kedua-dua arah), berkuat kuasa pada waktu sama.
“Setakat ini sekatan sedia ada membabitkan dua kawasan iaitu Kilometer 0.3 Lebuhraya SPRINT menghala ke Plaza Tol Damansara.
“Satu lagi di Persiaran Surian Pelangi Damansara (kedua-dua arah),” katanya.
Beliau meminta orang ramai untuk mematuhi PKP dan bersabar dalam menghadapi segala kesulitan susulan penularan COVID-19.
“Tindakan diambil secara tidak langsung meletakkan aspek keselamatan sebagai keutamaan polis Petaling Jaya.
“Penambahan sekatan jalan raya dan penutupan jalan adalah untuk mengehadkan pergerakan orang ramai supaya mematuhi PKP dan memutuskan rantaian wabak itu,” katanya.