Namun, disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang masih lagi belum reda, penganjuran GP Singapura kini terpaksa dibatalkan untuk tahun kedua berturut-turut.
Menurut naib pengerusi GP Singapura, Colyn Syn, "kami faham kebanyakan peminat tidak sabar untuk menantikan kehadiran perlumbaan di sini. Keputusan untuk tidak menganjurkannya bagi tahun kedua agak sukar melihatkan kepada halangan penganjuran acara secara langsung di sini.
Selain daripada GP Singapura, GP China dan GP Turki juga terpaksa menghadapi nasib yang serupa walaupun lokasi yang disebutkan itu tadi sudah pun dimasukkan ke dalam jadual awal.
Tiket jualan untuk GP Singapura masih lagi belum mula dijual walaupun sesetengah pemegang tiket tahun 2020 boleh menggunakannya untuk tahun ini.
Menurut penganjur, kesemua duit tiket tersebut akan dikembalikan sepenuhnya.