"Selain itu, tiga lokasi SJR yang masih beroperasi adalah di Jalan PJS 5/45, Jalan Persiaran Mohagani, Jalan Persiaran Jati (Seksyen 8) dan Jalan Persiaran Sungai Buloh.
"Pengguna jalan raya dinasihat menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Persiaran Kenanga-Tol Kota Damansara, Jalan Persisiran Surian-Palm Spring Kota Damansara dan Jalan Persiaran Tropicana-Casa Tropicana," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nik Ezanee berkata, perubahan lokasi dan penutupan SJR itu bertujuan bagi mengatur semula gerak petugas keselamatan dengan penugasan mobiliti di kawasan tumpuan ramai seperti pasar raya, pasar awam, pusat komersil dan tempat riadah.
"Kami juga akan menggerakkan petugas sedia ada ke penugasan PKPB untuk penugasan rondaan, Op Cantas serta tugasan pencegahan jenayah.
"Orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi PKPB fasa keempat ini bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
"Polis mengucapkan terima kasih kepada pengguna jalan raya khususnya masyarakat di daerah ini yang sabar sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama," katanya.
sumber: HM