Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah servis penyelenggaraan berkala, penukaran barang pakai lusuh seperti pengelap cermin, penapis minyak, penapis udara, penukaran bateri kunci serta bateri kereta.
Mercedes-Benz Star Mobile telah pun diperkenalkan sebelum ini pada tahun 2018, dan memandangkan kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan serta amalan penjarakan sosial, para pelanggan tidak perlu keluar ke rumah untuk mendapatkan servis kereta Mercedes-Benz mereka.
Untuk para pelanggan sekitar Lembah Klang boleh menempah slot temujanji menerusi Cycle & Carriage Call Centre, dan tunggu sahaja Mercedes-Benz Vito sampai di depan pintu rumah.
Mercedes-Benz juga turut mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti melakukan sanitasi pada kenderaan, serta memeriksa suhu para petugas setiap hari.
Para pelanggan juga akan turut dibekalkan dengan anggaran kos yang perlu dibayar, serta perincian setiap komponen dan kos buruh sebelum servis dilakukan.
Mercedes-Benz Star Mobile terdiri daripada dua orang juruteknik bertauliah, dan kenderaan Mercedes-Benz Vito itu pula dilengkapi dengan sistem Xentry Diagnosis, serta peralatan khas yang diperlukan bagi menjalankan servis penyelenggaraan.
Ketika tempoh PKP, Mercedes-Benz Star Mobile beroperasi setiap hari (kecuali Ahad dan cuti umum), bermula 9.00 pagi sehingga 3.00 petang, manakala hari Sabtu pula bermula dari 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Untuk tempahan slot temujanji, para pelanggan boleh menghubungi talian +03-7866 1100.