Menurut sebuah majalah di Eropah, Manager Magazin, Daimler terbuka kepada idea untuk membekalkan Volvo dengan enjin-enjin.
Malah syarikat yang memiliki Mercedes-Benz itu juga tidak menolak idea untuk memiliki sedikit saham Volvo.
Berita ini meningkatkan lagi desas-desus Geely bekerjasama dengan Mercedes-Benz.
Namun begitu, Volvo tidak memberi sebarang komen dan Daimler pula berkata ia hanyalah spekulasi semata.
Pengerusi Geely, Li Shufu telah membeli saham Daimler bernilai US$9 billion dalam usaha untuk membina kerjasama bagi menghalang persaingan dari Tesla, Google dan Uber.
CEO untuk DAimler, Dieter Zetsche berkata mereka menerima kehadiran Li sebagai seorang pemilik saham baharu tetapi sebarang jalinan industri bersama Geely perlu mendapat persetujuan dari rakan teknikal Mercedes-Benz di China, iaitu BAIC.