Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi dengan lancar.
Walaupun lebih kecil, ruang barang dalam lebih besar dan boleh memuatkan 16 cawan kopi dan barangan sehingga 10 kilogram (kg).
Satu lagi ciri yang memudahkan ialah tapak atau dulang dikeluarkan secara automatik apabila pintu dibuka. Lampu di dalam ruang kargo memudahkan pengecaman barangan.
Di dalam menjalankan tugas, teknologi pemanduan autonomi membolehkkan robot ini bergerak dari kesemua tingkat bangunan termasuk menaiki lif dan melepasi kawalan pintu.
Perjalanannya juga cepat dan optimal berdasarkan masa nyata.
Sebaik sahaja tiba di lokasi penghantaran, DAL-e Delivery mengenali penerima melalui kamera.
Sistem menggunakan teknologi pengesanan wajah kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan Hyundai Motor dan Makmal Robotik Kia.
Pintu dibuka secara automatik tanpa penerima perlu memasukkan kata laluan.
Teknologi pengesanan wajah itu diperakui secara rasmi Agensi Internet dan Keselamatan Korea untuk ketepatan 99.9 peratus.
Robot ini dilengkapi skrin resolusi tinggi 11.6 inci dan memaparkan maklumat seperti tujuan dan status operasi sebagai makluman kepada orang di sekeliling.
DAL-e Delivery akan digunakan di bangunan pejabat pintar IGIS Asset Management di Seongsu, Seoul pada suku kedua 2024.
Hyundai Motor dan Kia sebelum ini menandatangani perjanjian perniagaan bersama IGIS bagi mengkomersialkan bangunan mesra robot.
Penulis: Muhammad Md Tajudin