Dalam diam 140 ribu unit Honda PCX125 terjual di Eropah

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jarang-jarang sekali kita diberitakan tentang dunia motosikal kecil di Eropah. Apatah lagi apabila pengetahuan umum dibentuk melalui filem atau drama Eropah yang banyak memaparkan jenama dari sana.

Namun hakikatnya, dunia motosikal di benua Eropah agak menarik dengan pelbagai tawaran disediakan dari skuter kecil hinggalah paling canggih dan laju.

Antara skuter kecil yang dimaksudkan ialah Honda PCX125, model yang turut dipasarkan di beberapa negara ASEAN. Negara kita pula ditawarkan dengan versi berbeza iaitu PCX150.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda PCX125

 

Rupa-rupanya PCX125 telah mula ditawarkan di Eropah sejak tahun 2010 lagi dan mendapat sambutan menggalakkan apabila 140,000 unit telah terjual.

Honda EU turut mendedahkan, nama PCX itu sebenarnya merujuk kepada perkataan Personal Comfort dan X pula ialah tahap kualiti dan ciri-ciri yang ada pada skuter ini seperti cara tunggangan menduduk dan ruang simpan bawah kerusi yang boleh memuatkan topi keledar penuh.

Selain itu, pada tahun 2010 PCX juga motosikal pertama di Eropah yang ditawarkan dengan teknologi Idling Stop dan dua tahun kemudian, skuter pertama di Eropah yang menggunakan enjin baharu enhanced Smart Power (eSP).

 

Honda PCX125

 

Pada tahun 2016, skuter ini berjaya mematuhi piawaian EURO4 dan untuk tahun 2018 Honda memperkenalkan versi baharu dengan reka bentuk yang lebih segar, casis baharu dan enjin lebih berkuasa.

Berikut ialah ciri-ciri baharu yang terdapat pada Honda PCX125:

  • Reka bentuk baharu dengan badan yang lebih beralun
  • Lampu depan dan belakang 
  • Kerusi yang lebih tinggi - dari 760mm kepada 764mm
  • Ruang simpanan bawah kerusi bertambah 1L kepada 28L
  • Meter bacaan digital 
  • Rangka besi berongga (tubular) digantikan dengan rangka besi penuh duplex cradle
  • Suspensi belakang dianjak ke belakang dengan spring yang lebih tegar dan stroke lebih panjang
  • Rim lapan spoke
  • Tayar lebih besar
  • Brek cakera depan saiz 220mm dengan dua omboh dengan ABS satu channel, brek belakang gelendung (drum) 130mm 
  • Enjin SOHC sejukan cecair 125cc eSP dengan kuasa puncak 0.4 bhp lebih tinggi kepada 12.05 bhp @ 8,500 rpm. Tujahan puncak 11.8 Nm @ 5,000 rpm.

Jadi apabila terserempak Mat Saleh menunggang skuter dengan bersahaja di Phuket atau Bali maka tidak hairanlah rupa-rupanya di Eropah juga mempunyai tawaran skuter seperti ini dan menerima sambutan hangat.

Cuma kenapa filem-filem atau drama bersiri Eropah jarang benar memaparkan realiti ini?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…