Perodua terus menjadi syarikat automotif nombor satu di Malaysia selama lebih 11 tahun dan tahun 2017 melihat peningkatan jualan tertinggi syarikat itu.
Zahari menekankan strategi untuk mendengar kehendak pengguna semasa menghasilkan produk-produk Perodua, lantas memastikan produknya terus naik mengetuai pasaran apabila ia dilancarkan.
Beliau menerima anugerah tersebut malam tadi dari Datuk Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Kementeria Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama Datuk Madani Sahari, CEO MAI.
Berasal dari Besut, Trengganu, Careta pernah menulis mengenai asal usul Zahari sebelum beliau menceburi bidang automotif.
Untuk membaca kisah beliau, klik di pautan ini:
DULU JUAL SUSU DUMEX, KINI ANAK BESUT INI JADI ANTARA TERAJU PERODUA!
Anugerah Tokoh Automotif memang diberikan setiap kali berlangsungnya malam anugerah COTY sejak 16 tahun yang lalu.
Ia diberikan oleh individu-individu yang telah memberikan jasa terbesar terhadap industri automotif, baik di dalam tahun itu atau secara am.
Pelbagai tokoh automotif telah dinobatkan, dan antaranya ialah:
- Allahyarham Tan Sri Nasimuddin SM Amin dari Kumpulan Naza
- Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar dari Perodua
- Datuk Dr Ang Bon Beng dari Edaran Tan Chong
- Datuk Syed Zainal Abidin Tahir dari Proton
- Tan Sri Tengku Mahaleel Ariff dari Proton
- Tan Sri Ab Rahman Omar dari Perodua
- Datuk Saw Choo Boon dari Shell
- Datuk JP Chin dari JPM Motorsports
- Datuk Samson Anand George dari Peugeot Nasim
- Datuk Ben Yeoh dari Mazda Bermaz
- Datuk Aminar Rashid Salleh dari Perodua
- Roland Folger dari Mercedes-Benz Malaysia
- Yoichiro Ueno dari Honda Malaysia.