"Fabio Quartararo (rakan sepasukan) menghadapi masalah dengan tayar, dan kami tidak jangkakan langsung, tetapi saya gembira dia berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke tujuh.
"Pasukan akan menganalisa semua masalah pada motosikalnya dan lakukan apa yang boleh sebelum perlumbaan seterusnya di Austria," kata Razlan dalam video ringkas selepas perlumbaan.
Morbidelli yang memulakan perlumbaan di petak ketiga, mencatatkan masa 41 minit 44.03 saat (s) untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Quartararo (41:50.591) di tempat ketujuh.
Sementara itu, Razlan memuji peningkatan prestasi yang ditunjukkan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, yang mengumpulkan tujuh mata selepas menduduki tempat kesembilan daripada 25 pelumba dengan catatan masa 39:26.801s.
Katanya, kejayaan itu tentu akan menjadi pemangkin kepada pelumba pasukan Openbank Aspar Team itu, untuk meneruskan momentum positifnya untuk perlumbaan seterusnya di Austria.