DBKL angkut 22 motosikal parkir halang laluan OKU, siar kaki

oleh Mohamad Hanif|
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkut 22 buah motosikal yang didapati menghalang laluan awam termasuklah laluan orang kurang upaya (OKU) di sekitar Jalan P. Ramlee dan Jalan Ampang.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Sebanyak 22 notis kompaun dan tahanan sementara turut dikeluarkan dalam operasi khas yang dijalankan oleh Penguatkuasa dan Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan DBKL semalam.

DBKL dalam kenyataan di Facebook menjelaskan, “Ia dilaksanakan menerusi Tindakan Khas Angkut dan Kompaun Kenderaan Buat Halangan Tempat Awam di sekitar laluan orang kurang upaya (OKU), laluan siar kaki serta yang ingkar papan tanda larangan parkir motosikal di Jalan P.Ramlee dan Jalan Ampang.

 


Tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

DBKL turut mengingatkan pengguna jalan raya dan pemilik premis supaya mematuhi peraturan serta isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Pastikan kenderaan (motosikal atau kereta) diletakkan ditempat sepatutnya tanpa menghalang dan mengganggu pejalan kaki atau kelancaran lalu lintas."

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut kumpulan itu, fasa satu kontrak ITIS itu kini dilanjutkan sehingga 2029 berbanding tempoh…
Berita Domestik
Menurutnya, pemeriksaan berkala dilaksanakan oleh Arborist bertauliah dan pemeriksaan terakhir…
Berita Domestik
"DBKL juga mempunyai tiga depoh simpanan kenderaan tunda sedia ada di Taman Connaught dan Jalan…