Debut RM 11-03 McLaren Automatic Flyback Chronograph dari Richard Mille!

oleh Afandi Che Muhamad|
Berita baik untuk penggemar jam tangan!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bersempena penganjuran Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-88, McLaren dan Richard Mille baru-baru ini mengambil kesempatan melakukan penampilan sulung bagi jam tangan eksklusif baharu ciptaan mereka yang dinamakan sebagai RM 11-03 McLaren Automatic Flyback Chronograph untuk tontonan umum.

Dihasilkan sebanyak 500 unit, jam tangan itu terhad untuk pelanggan McLaren Ultimate Series sahaja.

Bercerita serba sedikit mengenai spesifikasi dimiliki jam tangan tersebut, penghasilannya diinspirasikan daripada reka bentuk beberapa kereta sport McLaren.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) McLaren Automotive, Mike Flewitt berkata, bahagian badan jam tangan itu diperbuat daripada Carbon TPT® dan Orange Quartz TPT® yang terbukti tahan lasak selain ringan.

"Penggunaan bahan Carbon TPT® meningkatkan prestasi mekanikal dan ketahanan RM 11-03 bagi berdepan situasi ekstrem.

"Selain itu, kewujudan konsol tetapan masa titanium yang dipasang pada Carbon TPT® jam tangan tersebut agak trendy," katanya.

Jelas Mike, ia disuntik dengan gabungan elemen bentuk lampu McLaren 720S dan McLaren F1.

Mengulas lanjut, Mike memberitahu jam tangan terbaharu itu turut menampilkan mekanisme berkaliber RMAC3 automatik dengan kronograf jenis Fly Back lengkap kuasa simpanan bateri selama 55 jam.

Tidak terhad dengan itu, jam tangan berkenaan turut memiliki fungsi putaran semula jam randik (stopwatch), bacaan tarikh semasa dan kalendar tahunan.

Sebagai permulaan, jam tangan tersebut ditawarkan pada harga 180,000CHF (RM745,531) seunit khusus untuk pelanggan McLaren Ultimate Series.

Wah! Harga jam sahaja pun sudah sama dengan nilai kereta sport?

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…