Demi jimat kos R&D, Ford kurangkan penggunaan platform daripada 30 kepada lima sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Peredaran zaman dan perubahan trend pemilikan kenderaan masa kini tidak memungkinkan sesebuah syarikat pengeluar mempunyai platform yang terlalu banyak untuk terus kekal bersaing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford yang dahulunya memiliki hampir 30 platform berbeza untuk pasaran seluruh dunia kini sedang merancang untuk menggunapakai hanya lima platform modular sahaja untuk menjimatkan kos penyelidikan dan pembangunan. 

 


Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Automotive News, pelan terbaharu Ford itu akan berkuatkuasa dalam masa beberapa tahun akan datang dan dijangka akan menjimatkan kos sebanyak $25.5 billion untuk tempoh lima tahun yang mendatang. 

Platform modular tersebut merangkumi beberapa jenis kenderaan seperti platform pacuan roda belakang/semua roda (F-150, Expedition), platform unibodi pacuan roda hadapan/AWD  (Kuga/Escape, Edge), platform unibodi pacuan roda belakang/AWD (Mustang, Explorer) serta platform unibodi kenderaan komersial (van) dan kenderaan elektrik. 

Dengan penggunaan kelima-lima platform modular ini, Ford berharap agar dapat mengurangkan 20% peruntukan masa penyelidikan dan pembangunan sesebuah model dan kejuruteraan yang lebih berkesan (20-40%) berbanding platform terdahulu. 
 


Sebelum ini, CEO Alan Mulally menyatakan Ford akan mengurangkan penggunaan platform daripada 30 kepada sembila sahaja, namun menurut beliau "sembilan adalah terlalu banyak!"

Berita Berkenaan

Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Domestik
Malaysia yang juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik turut menjadi pusat…
Berita Global
Menariknya, kesemua varian yang ditawarkan di pasaran tersebut hanya dilengkapi dengan trenkuasa…