Dua maut, kemalangan dua treler dan pacuan empat roda di lebuh raya

oleh Hamimah Hamid|
DUA lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua treler dan sebuah pacuan empat roda di KM 317.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara dekat Tapah petang tadi.

Dua mangsa maut dipercayai pemandu treler muatan tembikai dan pemandu treler muatan simen dalam kemalangan kira-kira pukul 5 itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Katanya lagi, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.12 petang tadi, seterusnya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bergegas ke lokasi.

 

"Terdapat tiga kenderaan yang terbabit iaitu treler muatan tembikai, treler muatan simen dan pacuan empat roda Ford Ranger.

 

"Pemandu treler dan simen maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi wanita dari pacuan empat roda cedera ringan," katanya kepada pemberita pada Rabu," katanya.