Pelaburan sebanyak RM1.5 juta itu turut melihat ruang pameran untuk barangan Ducati dan juga Scrambler.
Menurut Timbalan CEO Kumpulan Automotif Naza, Datuk Nik Hamdan Nik Hassan, dewan pameran baharu ini direka untuk memberikan pengalaman Ducati 360-darjah untuk pemilik dan bakal pembeli.
Antara model-model yang dipamerkan semasa perasmian dewan pameran tersebut adalah Ducati Panigale V4 S, 916 Anniversario, Monster 821, Hypermotard 950 dan Diavel 1260 S, serta model-model Scrambler yang popular seperti Scrambler Café Racer dan Icon.
Nik Hamdan juga mengumumkan bahawa Ducati akan mempunyai pengedar baharu untuk wilayah selatan pada separuh kedua tahun ini.