Dulu saya anti Proton-Chee Tien Soong

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Saya memang sangat membenci kereta jenama Proton kerana sebelum ini saya menghadapi pelbagai masalah dan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyara Proton Gen 2 milik keluarga saya dahulu. Saya adalah mangsa pengguna!”

 

“Dalam perasaan marah dan benci itu, jauh di sudut hati...saya amat menyayangi Proton, saya mahu lihat Proton berjaya, sukses dan sentiasa berada di hadapan” kata Chee.


Itulah luahan hati seorang yang meluat tapi dalam masa yang sama mencintai kereta jenama Proton, Chee Tien Soong, 35 tahun.

Chee Tien Soong

Baru-baru ini kami telah terjumpa video dimana beliau berkongsi pengalaman beliau memiliki kereta Proton.

 

Kami terus menghubungi dan berjumpa beliau untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai pendapat yang telah dikongsikan menerusi video di laman Youtube. Apa yang beliau kongsikan sangat mengejutkan!

 

Beliau seorang yang fanatik dengan kereta!

 

Lebih sejam setengah kami bersembang dengan Chee, ternyata beliau ini seorang yang sangat cerewet dan memilih dalam bab membeli sebuah kereta. Setiap sudut, sama ada yang boleh dilihat atau tidak, pastinya akan diteliti oleh beliau.

 

“Jika ada sahaja kereta baharu Proton tiba di bilik pameran, saya pasti akan pergi meninjau dan pandu uji. Bukan Proton aja, boleh dikatakan saya sangat mengikuti perkembangan dunia automotif”

 

“Setiap model dan varian kereta Proton saya dah cuba pandu uji dan teliti, tak ada satu kereta pun dapat memuaskan hati saya dari segi kualiti dan pengendalian, amat mengecewakan” tambah beliau.

Proton haters

 

Antara komen yang diluahkan Chee mengenai kereta Proton yang sudah dipandu termasuklah, ngauman enjin yang sangat bising, pembuatan interior yang tidak kemas, pengendalian yang tidak meyakinkan, pemasangan tidak mantap dan macam-macam lagi.

 

Walaubagaimanapun, Chee memerlukan sebuah kereta baharu yang “value for money” katanya….Jadi beliau telah melakukan kaji selidik mengenai kereta yang sesuai dengan keperluan dan kriteria yang diidamkan.

 

Setelah puas mencari, mengkaji dan meneliti, ada beberapa model termasuk kereta jenama Jepun kini ada di dalam senarai beliau sebagai pilihan.

 

Sibuk juga Chee kehulu kehilir untuk memandu uji mencari jentera yang beliau mahu. Ada yang bagus tapi harga tak berbaloi. Ada yang murah tapi pengendalian tak bagus. Macam-macam faktor membuatkan niat beliau terbantut.

 

Setelah puas mencari, akhirnya beliau berjumpa jodoh yang sesuai…

 

“Apabila saya masuk ke dalam kereta, perubahan yang sangat ketara saya dapat lihat dan rasa. Kualiti kereta Proton kini betul-betul sudah berada di tahap yang lain! Pembuatan interior sangat kemas”

 

“Dari segi luaran, dalaman memang sangat memuaskan hati. Jadi saya cuba pandu uji….”

 

“Bila saya tekan sahaja pedal pendikit, fuhh...dalam hati saya terus berkata, Proton Persona, ini betul-betul transmisi CVT! Betul-betul mantap, meyakinkan dan selamat!” kata Chee.

 

Tanpa ragu-ragu lagi, Chee kini muktamad dan beliau memilih Proton Persona untuk dibawa pulang.

Chee Tien Soong

 

Tapi cabaran mencari sebuah kereta baharu tidak terhenti di situ, masih ada yang perlu ditempuh beliau. Idea untuk memiliki Proton Persona telah menerima tentangan yang hebat dari ahli keluarga kerana katanya mereka semua trauma dengan kereta jenama Proton hanya kerana disebabkan mereka mengalami pengalaman yang buruk ketika memiliki Proton Gen 2 dahulu.

 

Setelah berjaya memujuk dan meyakinkan ahli keluarga beliau, akhirnya beliau kini sudah memiliki Proton Persona lebih kurang tiga bulan.

 

Cabaran dari ahli keluarga tidak terhenti di situ, kawan-kawan, saudara mara masih lagi mempersoalkan keputusan beliau dan mengatakan beliau seorang yang berani mengambil risiko sekali lagi dengan membeli kereta Proton.

 

“Sebab banyak terima komplain dari kenalan, saya nak buktikan bahawa Proton Persona kini bukan lagi Proton yang dahulu. Ia betul-betul sudah di tahap yang lain dan ia satu pilihan yang tepat”

 

“Jadi saya pun ajak mereka untuk mencuba Proton Persona, masuk dan duduk di dalam kereta saya. Selepas sudah merasai sendiri pengalaman dengan Proton Persona, mereka semua sudah tertarik untuk memiliki jentera ini” tambah Chee.

 

Selepas sudah cuba pandu dan mengalami sendiri pengalaman dengan Persona baharu, rakan-rakan dan ahli keluarga beliau yang mempunyai tanggapan buruk terhadap Proton kini berubah sama sekali.

 

Mereka sangat terkejut dengan harga yang ditawarkan, di bawah RM60,000, kini mereka boleh memiliki kereta semantap Proton Persona.

Chee Tien Soong

 

Menurut Chee, beliau sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditawarkan oleh Proton Persona. Ia sangat stabil untuk dipandu di lebuhraya dan jarak jauh kerana sangat reponsif. Ciri keselamatan yang ditawarkan juga sangat memuaskan.

 

Menerusi video perkongsian pengalaman beliau bersama Proton Persona, ada juga yang mengatakan beliau merupakan staff proton kerana terlalu mengampu dan memuji kereta tersebut.

 

“Kalau kereta itu tak bagus tak mungkin saya akan beli. Untuk pengetahuan, saya langsung tak ada kena mengena dengan Proton, dan saya seorang cikgu. Saya hanya berkongsi pengalaman dan pendapat saya yang tulus” kata Chee.

 

Ternyata, Persona kini jelas menampilkan kemajuan kualiti kenderaan Proton. Lebih seronok lagi, Chee menyatakan bahawa beliau sangat bersyukur dengan tahap pemasangan Proton Persona yang sangat mantap, dan memberikan beliau perasaan seperti memandu kereta jenama antarabangsa.

 

“Sekarang saya dah senang hati jika isteri saya nak pandu untuk jarak jauh dan pulang ke kampung di Perak. Semoga Proton terus meningkatkan usaha dalam menghasilkan kereta-kereta yang berkualiti tinggi dan bersaing di dalam industri automotif” kata Chee.

 

Berikut merupakan pautan video Chee berkongsikan pengalaman beliau memiliki Proton Persona.

https://www.youtube.com/watch?v=4AdtBm82YTU&feature=youtu.be

 


 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…