Menurut James, EV dari Dyson mungkin akan hadir seawal tahun 2020 dan beliau telah menyediakan pelaburan sebanyak RM11.4 billion untuk projek berkenaan.
James menerangkan bahawa separuh dari jumlah pelaburan itu adalah untuk kereta EV itu sendiri dan separuhnya untuk kajian menghasilkan sebuah bateri solid-state.
James juga berkata Dyson tidak akan mencari rakan kongsi di dalam projek ini.
“Kereta EV Dyson bukanlah sebuah kereta sport dan ia bukan juga sebuah EV yang murah,” terangnya.
“Rekabentuk kereta Dyson akan mencerminkan rekabentuk pada alat-alat elektrik kami,” sambung James.
Produk EV katanya akan menjadi produk utama Dyson pada masa hadapan.
Untuk yang tidak tahu, Dyson mempunyai pusat R&D dan kilang pemasangan di Johor Bahru dan Singapura.
Mesin vakum Dyson canggih dan juga premium, begitu juga dengan kipas meja mereka yang sangat canggih.
*Artikel asal dari Road & Track