Elak insiden berulang, JPJ perketat pemeriksaan terhadap jentera lumba

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Lowyat.net
Susulan kemalangan yang mengorbankan seorang pelumba drag tempoh hari, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengetatkan pemeriksaan terhadap kenderaan sukan permotoran pada masa akan datang.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Laporan daripada Harian Metro memetik kata-kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim dimana pihaknya akan bekerjasama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan setiap pelumba mematuhi aspek pemeriksaan teknikal kenderaan sebelum berlumba.

"Sekarang sudah ada kelulusan standard terhadap sukan drift dan drag termasuk spesifikasi kenderaan. Sebelum ini kita tidak pernah dengar kes kenderaan terbabit kemalangan sebegini.

"Bagi kes berlaku di Terengganu itu kita akan semak dengan PDRM yang menyiasat dari segi pemanduan pemandu dan keadaan jalan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 APJM Melaka di Tiang Dua, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, pihak JPJ tidak pernah memandang ringan khususnya sukan permotoran jenis drift dan drag yang sememangnya berbahaya dan berisiko berlaku kemalangan.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia…
Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…
Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…