Elon Musk: Tesla tidak akan menghasilkan motosikal elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Pemilik jenama Tesla, Elon Musk menafikan dakwaan bahawa Tesla merancang untuk mengeluarkan motosikal elektrik.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dakwaan tersebut timbul melihatkan kepada kepesatan industri motosikal berkuasa elektrik, terutamanya di negara China memungkinkan Tesla bakal mengikut jejak langkah pengeluar yang lain. 
 


Ketika mesyuarat pemegang saham Tesla, terdapat pertanyaan daripada hadirin yang terlibat berkenaan perancangan masa hadapan Tesla di dalam bidang motosikal elektrik. 

Jawapan yang diberikan oleh Elon Musk:

"Saya biasa menunggang motosikal ketika masih kecil, sehinggalah saya berumur 17 tahun dan pada ketika itu, saya hampir terbunuh disebabkan oleh sebuah trak."

"Jadi, Tesla tidak akan menghasilkan motosikal elektrik untuk kegunaan umum," tambah Elon. 
 


Gambaran motosikal elektrik yang mungkin dihasilkan oleh Tesla di atas merupakan sebuah projek konsep yang dihasilkan oleh pereka Antonio Serrano. 

Motosikal konsep tersebut menggunakan bahan gentian karbon, aluminium dan plastik kukuh bagi menjadikan motosikal tersebut ringan dan tahan lasak. 

Sumber: Tuvie dan VisorDown

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…