BYD melihat peningkatan prestasi sebanyak 300 peratus berbanding dari sela masa yang sama tahun lalu.
Tesla pula memberikan alasan bahawa ia mengalami masalah bekalan komponen dan kilang-kilang BYD tidak terletak di kawasan yang tejejas kerana COVID.
Selain dari itu, BYD meningkatkan lagi pegangan pasaran untuk bateri EV, menjadikan ia sebagai penghasil bateri EV kedua terbesar global selepas CATL dan menjadikan LG Energy turun ke kedudukan ketiga.
EV pertama oleh BYD di Eropah ialah Tang (gambar di bawah). SUV elektrik itu mempunyai jarak gerak sejauh 528 km dan mampu dicaj dari 30 peratus ke 80 peratus dalam masa 30 minit.
Tang sudah mula boleh ditempah di Eropah. Ia dilancarkan di Norway tahun lalu dengan harga Euro58,200 atau RM262,400.