CR-V ini memang tiada bumbung yang disimpan di ruang kargo belakang malah tiang B dan C pun tidak ada langsung.
Jika ada yang bertanya apa jadi dengan ketegaran struktur SUV ini jawabnya ialah gagal langsung.
Lebih menarik projek ini bukan dibuat oleh jurutera dengan pelbagai kerja-kerja simulasi menggunakan komputer mahu pun ujian di atas jalan raya.
Ia sebenarnya dilaksanakan oleh pasukan perhubungan awam (PR) dan pemotong besi.
Pandai juga Honda UK bergurau, rupa-rupanya projek ini adalah sempena April Fool. Okaylah, sepuluh markah untuk Honda UK kerana membuatkan #abangterhibur.
Elok juga projek ini dibuat memandangkan suasana politik negara kita agak tegang. Ada masa kita perlu juga bawa bertenang dan kekalkan keharmonian sesama kita.
Penulis: Muhammad Md Tajudin