EV pertama Mazda hadir tahun 2020, model PHEV akan menyusul

oleh Mohamad Hanif|

Mazda, antara pengeluar yang terkenal dengan sikap degil dan setianya terhadap enjin pembakaran dalaman. 

Tatkala pada ketika zaman kenaikan kereta sports Jepun dengan enjin empat hingga enam silinder sebaris, mereka tampil dengan idea pelik - sebuah RX-7 dengan nadi rotary Wankel. 

Ketika pengeluar yang lain kini berpusu-pusu tampil dengan idea kereta elektrik, Mazda setia dengan idea Skyactiv-X, menunjukkan keyakinan mereka terhadap potensi sebenar enjin pembakaran dalaman. 

Namun, berita yang mengejutkan ini nampaknya mengubah pendirian dan hala tuju Mazda apabila tanpa sebarang gambar intipan, mereka bakal melancarkan model elektrik pertama mereka tahun hadapan. 

Dalam satu temubual yang dilakukan oleh Automotive News Eropah, CEO Mazda Akira Marumoto mengesahkan perancangan tersebut.

 


"EV pertama Mazda akan hadir pada tahun hadapan, dan bermula dari tahun 2021 kami akan memperkenalkan model plug-in hybrid (PHEV).

Tidak dapat dipastikan bagaimana model pertama EV ini akan mengambil bentuk, namun menurut ketua unit rekaan Mazda, Jo Stenuit berkata EV yang akan dibangunkan ini bakal mempunyai bentuk konvensional dan tidak terlalu futuristik.

Sebelum ini pada tahun 2016, terdapat berita yang melaporkan bahawa Mazda bekerjasama dengan Toyota dan Denso bagi menghasilkan EV, namun Mazda menyatakan bahawa EV pertama ini adalah hasil usaha sendiri menggunakan platform serba baharu. 

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bagaimana dengan mata pencarian pekerja? Di dalam peralihan ini, semua pihak perlu berpijak di…
Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…