Namun, ia sebenarnya merupakan sebuah Force Motors Trax Cruiser yang berasal dari India dan dikatakan mampu memuatkan sehingga 13 orang pada satu-satu masa.
Trax Cruiser didatangkan dengan konfigurasi tempat duduk ala kenderaan tentera di bahagian belakang, di mana 'tempat duduk baris ketiga' itu disusun rapat ke dinding supaya boleh memuatkan lapan orang tanpa sebarang ruang kargo tersedia.
Jika anda tidak membawa sebarang penumpang, tempat duduk itu boleh dilipat ke atas bagi memberikan laluan untuk muatan kargo.
Kelengkapan yang didatangkan juga cukup asas seperti paparan sistem navigasi, tingkap berkuasa dengan butang akses di bahagian konsol tengah, sistem pendingin hawa dan roda stereng yang kosong tanpa sebarang butang fungsi.
Kuasa enjin juga tidak begitu memberangsangkan.
Ia didatangkan dengan enjin diesel 2.6 liter yang menghasilkan hanya 90 kuasa kuda dan daya kilas 250 Nm yang dipadankan dengan transmisi manual serta sistem pacuan roda belakang.