Ford bakal keluar Ranger Raptor tahun depan

oleh HEZERI SAMSURI|
Ia bukan lagi dongeng tetapi nampaknya ia memang akan berlaku - Ford akan menghasilkan varian Raptor untuk trak Ranger mereka.

Ford Raptor F150 memang menjadi idaman ramai peminat trak tegar di seluruh dunia dan Ford Ranger yang dibikin untuk menjadi Raptor sudah banyak kali dilakukan oleh pemilik-pemilik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah menampal sticker Raptor pada Ford Ranger mereka sudah menjadi kebiasaan, seperti meletakkan sticker TRD pada Vios atau RalliArt pada Wira.

Mungkin kerana melihat fenomena Raptor semakin kuat di Asia, Ford menggunakan pusat penyelidikan mereka di Australia sedang membina varian Raptor berdasarkan platform Ford Ranger yang sedia ada.

Di bawah ialah apa yang Careta tahu berdasarkan penyelidikan dan juga dari komen-komen orang dalaman.

  • Tahun 2018 akan menyaksikan Ford Ranger baharu - samada facelift atau FMC (Full Model Change), kami mendapat dua pendapat yang berbeza.
  • Ranger Raptor akan menggunakan enjin diesel dan bukan enjin petrol seperti pada Raptor F150 di US.
  • Enjin diesel yang disyakki digunakan ialah enjin 2.0 liter turbodiesel dengan twin-turbo, mampu menghasilkan 200 hp dan 470 Nm. Ini bermakna enjin kecil ini mampu menghambur kausa setinggi enjin 3.2L pada Wildtrak tetapi Careta syak enjin kecil itu lebih tangkas dan tidak selembab enjin lama 3.2L yang diguna pakai sekarang.
  • Transmisi kemungkinan besar ialah dari jenis automatik 10-kelajuan dari gabungan Ford dan GM, dengan paddle shifter.
  • Brek disk untuk keempat-empat roda.
  • Sistem gantungan yang dipertingkatkan - mungkin dari jenama Fox atau dari Bilstein.
  • Sistem gantungan belakang mungkin diambil dari Ford Everest agar ia lebih selesa dan lebih kuat untuk menghadapi cabaran melompat dan sebagainya.
  • Tayar lebih besar dan lebih lebar sebagai standard.
  • Perlindungan bawah badan dipertingkatkan, sama seperti Raptor F150.
  • Harga di Australia dijangkakan setinggi AUD$80,000 atau RM263,000 (jangan ingat harga kereta di luar sana murah sangat ya).

Laporan media Australia kuat mengatakan bahawa Ford Ranger Raptor tidak akan keseorangan kerana Toyota sedang bersedia untuk menghasilkan Hilux TRD dengan peningkatan kuasa, sistem gantungan dan sebagainya dan juga Chevrolet akan menghasilkan Colorado HSV yang juga menggunakan konsep tambahan tenaga seperti Raptor.

Nampaknya peperangan trak pikap prestasi tinggi sudah bermula di Australia!  Lihat teaser video dari Ford mengenai Ranger Raptor ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…