Ford failkan paten motosikal keluar dari perut kereta

oleh HEZERI SAMSURI|
Ford baru-baru ini memfailkan paten ke atas idea motosikal yang boleh keluar dari hadapan sebuah kenderaan.

Menurut lakaran paten tersebut, sebuah motosikal elektrik disimpan di bahagian hadapan kenderaan dan boleh ditarik keluar dari bahagian bonet.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebahagian motosikal atau skuter elektrik itu akan menjadi konsol tengah antara pemandu dan penumpang hadapan.

Seacara logik, dengan kesesakan ibukota di serata dunia, pemilok boleh mempakir kenderaan mereka di kawasan parkir di pinggi bandar atau di kompleks parkir yang murah dan kemudian menggunakan skuter elektrik itu untuk masuk ke bandar.

 

 

Sangat menarik dan mengingatkan kami akan konsep Honda City JDM dengan skuter kecil Motocompo yang disimpan di dalam ruang but.

Sayangnya, paten yang difailkan di pejabat Paten dan Hakcipta US ini tidak bermaksud ia akan dibina dan di Malaysia, tidak semua yang pandai menunggang motosikal. 

Dan juga ramai yang tidak rela dilabel Mat Rempit, walaupn menunggang sebuah skuter berwarna merah jambu dengan kelajuan 70 kmsj.

Mungkin lebih glamour jika direka sebuah kenderaan dengan ruang khusus untuk menyimpan basikal lipat mahal bernilai belasan ribu dan ditunggang dengan perlahan di tengah jalanraya dan lebuhraya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…