Ford Fiesta EcoBoost - sebenarnya ia sebuah kereta sport!

oleh HEZERI SAMSURI|
Dalam tahun 2010, Sime Darby Auto Connexion melancarkan Ford Fiesta, kereta kompak yang popular di satu dunia.

Pada mulanya, enjin 1.6L digunakan, dan kemudian dalam tahun 2013, digantikan dengan enjin 1.5L yang menjimatkan minyak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sayang sekali kerana platform Fiesta ialah antara yang terbaik di dalam kategori hatchback kompak ini. Ia perlukan sesuatu yang lebih bertenaga, lebih berprestasi, lebih ligat.

Dan pada hujung tahun 2014, Ford akhirnya memberikan Fiesta ini satu lagi enjin yang sememangnya lebih sesuai - enjin 1.0L GTDI 3-silinder turbo yang menghasilkan 125 hp dan 170 Nm. 

Mungkin nombor-nombor itu tidak nampak gempak tetapi dipadankan dengan platform yang tegap, transmisi DCT yang pantas dan sistem gantungan yang sporti, Ford comel ini mampu menjadi senjata menarik untuk jalan-jalan berliku. 

 

Mungkin kerana itu Ford memberikan tempat duduk semi-bucket, stereng yang sedap digenggam dan kabin yang memang mempunyai aura sebuah kereta prestasi.

Kami pernah memandu uji Fiesta 1.0L Ecoboost ini di utara Thailand, di kawasan Chiang Rai yang berbukit bukau dan penuh dengan selekoh-selekoh seperti di lebuhraya KL-Karak.

Cukup untuk dikongsilan bahawa Lead Car yang menggunakan Ford Focus 2.0L terpaksa bekerja keras untuk melarikan diri dari Fiesta ini.

fiesta

 

Enjin EcoBoost itu mungkin kecil tetapi dengan sistem direct injection dan pengecaj turbo, ia dengan cepat memecut bila pendikit ditekan. Prestasi 0 ke 100 kmsj dilakukan dalam 9 saat tetapi terasa lebih cepat dari itu.

Paling menarik ialah di kawasan jalan penuh dengan selekoh kecil. Ya, benar zaman sekarang ini jalanraya penuh dengan anak muda membawa trak pikap yang laju di atas lebuhraya lurus.
Namun memandu laju di jalan lurus memerlukan kemahiran anak-anak darjah tiga kerana ia hanya bergantung kepada kekuatan enjin. 

 

Pemandu sebenar akan menghayati laluan berliku kerana ia memerlukan skil yang jauh lebih tinggi dan kenderaan dengan chasis yang lebih canggih dari sebuah lori mengangkat barang untuk mampu bergerak laju di selekoh-selekoh itu.

Stereng Fiesta ini telus dan menyalurkan informasi akan apa yang roda hadapan sedang lakukan. Chassis atau kerangka yang tegap itu pula memberitahu punggung anda apa yang sedang dilakukan oleh keseluruhan kereta itu - samada ia ke kiri atau ke kanan atau sedang berputar sedikit pada aksi untuk masuk dan keluar dari apex selekoh dalam keadaan paling pantas.

Bayangkan sebuah gokart - tetapi dengan tempat duduk lebih selesa, sistem audio mantap dan pendingin hawa. 
Itulah Fiesta 1.0 EcoBoost.

 

 

Dan oleh kerana ia sebuah Ford, Fiesta cilik ini sarat dengan eplbagai aksesori standard. Tujuh beg udara, ABS, EBA, EBD, ESP, TCS, HLA, keyless entry, butang push-start, pendingin hawa elektronik, sistem audio SYNC dengan Voice Command dan penghasilan audio yang sangat baik serta banyak lagi.

Ford Fiesta EcoBoost ini memberikan anda peluang untuk merasai nikmat pemanduan sebenar tanpa anda perlu menghabiskan duit untuk membeli sebuah kereta sport bagi hujung minggu. 
 

 

Dari Isnin ke Jumaat, Fiesta ini membawa anda ke pejabat. Hari Sabtu, ia kelihatan trendy untuk dibawa bertemu si kekasih hati dan pada hari Ahad, sarungkan Puma Driving Shoes dan keluar memandu di jalan-jalan menarik bersama rakan-rakan anda.

Serba boleh, serba sedap dan harga yang berbaloi, bermula dari RM88,388.00 untuk model 1.5L Sport.

Lihat video kami akan Ford Fiesta ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…