Ford MS-RT Transit Custom - Van barang yang dibina pasukan rali

oleh Muhammad Md Tajudin|
Apabila bercerita tentang kenderaan komersil yang galak dimodifikasi kita boleh pandang ke arah scene pikap dan lori Thailand. Selain dua kategori kenderaan ini sekarang telah muncul trend baharu iaitu ubahsuai van penumpang pula.

Trend ini selari dengan kebanjiran van jenama China dan Jepun sendiri. Trend ini juga nampaknya diikuti dengan baik oleh sekumpulan pemilik van di negara kita.

Akan tetapi, scene di United Kingdom lebih hebat apabila pengguna di sana boleh memesan van komersil yang dihasilkan oleh penala yang sama membangunkan kereta rali Ford Fiesta. Tidak lain tidak bukan ialah MS-RT.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ford Transit Custom MS-RT

 

Mereka telah bersedia dengan Ford Transit Custom MS-RT yang dilengkapi pelbagai aksesori tetapi pada masa sama mengekalkan sifat van barang. Ada pilihan van panel, double cab, van panjang atau van pendek.

Memandangkan MS-RT ini kerjanya membuat kereta rali jadinya teknologi dan unsur-unsur aerodinamik diambil dari pengalaman dalam bidang perlumbaan tersebut dengan setiap unit van ini dibina dengan tangan di kilang mereka di Gwent, South Wales.

Berikut ialah kelengkapan istimewa pada Ford Transit Custom MS-RT:

  • Bamper baharu dengan integrasi gril dan lampu kabus OEM
  • Diffuser depan yang lebih ekstrem
  • Arka roda badan lebar
  • Diffuser belakang
  • Spoiler bumbung
  • Sistem ekzos berkembar
  • Roda aloi 18 inci Anthracite OZ Racing
  • Tayar Hankook Ventus S1 evo
  • Spring renda Eibach 
  • Kerusi balutan kulit nappa dan suede
  • Stereng MS-RT dengan kemasan gentian karbon
  • Karpet dan jam dengan logo MS-RT

 

Ford Transit Custom MS-RT

 

Dari segi kuasa pula, van sporti ini digerakkan oleh enjin EcoBlue 2.0 liter TDCi dengan output 170PS dan tork 405 Nm. Pembeli boleh memesan transmisi enam kelajuan manual atau enam kelajuan automatik.

Varian van ini ditawarkan dalam pelbagai konfigurasi sama ada jenis van panel dua tempat duduk, tiga tempat duduk, lima tempat duduk double cab dan enam tempat duduk double cap.

Bukan setakat jenis van atau jumlah kerusi, pembeli juga boleh memilih di antara ukuran pendek atau panjang dan juga pintu belakang jenis buka kiri-kanan atau jenis buka ke atas.

Harga Ford bermula dari GBP 32,995 (RM 176,800.86) sehingga GBP 36,490 (RM 195,535.20). 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Ford Transit Custom MS-RT

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Namun, anda perlu lihat contoh campervan Ford Transit Custom yang dibina oleh  MS-RT dan Wellhouse…