Gambar intip: Adakah ini model prototaip Ford Bronco Raptor?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Minggu lalu, gempar seketika internet apabila tersebarnya gambar intipan sebuah model ujian Ford F-150 Raptor yang tidak pernah sama sekali muncul di mana-mana pusat jualan Ford pada ketika ini. 

Jika diperhatikan dengan lebih teliti, ia sebenarnya memiliki dimensi yang hampir sama seperti sebuah Ford F-150 Raptor seperti jarak trek yang lebar, serta rim dan tayar spesifik kepada Raptor. 

Walaupun anda mempunyai kabel yang amat kuat di kalangan para pengedar (dan juga ibu pejabat Blue Oval), anda tidak akan sekali-kali dapat membeli Ford F-150 Raptor yang hadir dengan konfigurasi kabin pendek dan bed yang begitu pendek ini.
 


Hanya satu kemungkinan sahaja yang tercetus di dalam fikiran pada ketika ini, Ford Bronco yang kini memasuki fasa pengujian di dunia sebenar. 

Jadi, ini berkemungkinan besar adalah varian dua pintu bagi Ford Bronco dengan kelengkapan dan spesifikasi yang sama seperti sebuah Ford F-150 Raptor. 

Akan tetapi, ia seakan bertentangan dengan berita yang kami laporkan beberapa ketika yang lalu yang menyatakan bahawa Ford Bronco sebenarnya dibangunkan daripada platform Ford Ranger T6 dan bukannya daripada platform F-series. 
 


Saiz dan dimensi kedua-dua trak pikap itu juga sangat berbeza kerana Ford Ranger merupakan trak pikap bersaiz pertengahan manakala Ford F-Series pula merupakan trak pikap saiz penuh yang memenuhi keperluan rakyat Amerika yang serba-serbi besar. 

Setakat ini, tiada sebarang maklumat lanjut yang boleh dikorek, dan jurucakap Ford ketika dihubungi oleh Road and Track juga enggan memberikan komen berkenaan model yang sedang diuji pada ketika ini. 

 

 

Sumber: Road and Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar intip yang diperoleh daripada Autocar, unit prototaip Audi A6 Avant e-tron itu…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…
Model Terbaharu
Ini bukanlah versi pertama SF90 yang dipertingkatkan, dimana sebelum ini SF90 Stradale hadir dengan…