smart HY11 dijangkakan akan memasuki pasaran China dalam tahun ini, dan minivan tersebut akan menjadi kereta EV ketiga dalam barisan model smart setelah dilancarkan nanti.
Sejak 2019, Mercedes-Benz dan Geely Group telah membentuk usaha sama yang dipanggil smart Automobile dan menumpukan pada peralihan daripada kereta mikro ICE kepada EV.
Melalui perkara ini, Geely akan lebih fokus kepada kejuruteraan dan pembuatan di kilang Xi’an, manakala Mercedes-Benz akan bertanggungjawab kepada reka bentuk.
Menjelang 2027, smart mensasarkan bakal mempunyai enam hingga tujuh model baharu dan minivan smart HY11 yang akan dilancarkan ini bakal menjadi salah satu antaranya.
Ketika ini smart masih belum umumkan rasmi apakah jenis reka bentuk smart HY11, namum spekulasi ramai orang memanggil ia sebuah minivan dan ada juga yang berpendapat ia adalah segmen crossover.
Walaubagaimanapun, berdasarkan dari CarNewsChina, ia memanggil MPV kerana pelepasan tanahnya (ground clearance) yang rendah serta jarak antara roda lebih panjang.
smart HY11 ini menggunakan gaya reka bentuk baharu yang menerapkan gaya uniknya berdasarkan dari imej itu, bentuknya lebih besar seolah MPV, jika dilihat pada smart #1 dan #3, ia lebih berbentuk hatchback.
Ia turut, bakal dihadirkan reka bentuk lampu hadapan baharu, garis bumbung yang rata dan dari belakang, kelihatan cermin kecilnya, spoiler bumbung, rak bumbung dan dua unit lampu belakang.
smart HY11 turut mempunyai suspensi double wishbone pada gandar hadapan dengan aluminium stereng knuckles dan sebagai perbandingan, smart #1 dan #3 menggunakan suspensi McPherson di bahagian hadapan.
Untuk bahagian dalaman, smart HY11 menggunakan bahasa reka bentuk baharu dengan konsol tengahnya mempunyai skrin berkembar besar untuk pemandu dan penumpang.
Selain itu, tempat duduk hadapan dibalut dengan fabrik yang mempunyai sokongan sisi yang dibina dengan baik.
Manakala untuk bahagian trim pintu, kelihatan panel kayu, pemegang pintu yang unik serta suis pelaras tempat duduk.
Model smart HY11 dibina di atas platform SEA daripada Geely yang akan menampilkan pengecasan 800V dan smart Pilot Assist 3.0.
smart HY11 dijangkakan akan didedahkan di Autoshow Beijing tahun ini dan berkemungkinan besar akan memasuki pasaran di China tahun ini juga.
SUMBER : CarNewsChina