Gambar sebenar e:NS2, e:NP2 terdedah di laman web kementerian China

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan saiz pasaran yang agak besar seperti China, tidak menghairankan apabila sesetengah syarikat pengeluar membangunkan model khusus untuk pasaran tersebut.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Terbaharu, Honda dijangka akan melancarkan dua buah model crossover elektrik yang sama saiz, namun dengan nama yang berbeza, iaitu e:NP2 dan e:NS2.
 

Np2


Berdasarkan imej yang diperoleh daripada laman web kementerian industri dan teknologi informasi China, kedua-dua SUV itu membawakan elemen rekaan yang tersendiri.

Honda e:NS2 yang bakal dijual oleh Dongfeng itu membawakan unit lampu DRL berbentuk bumerang yang menegak, bar lampu belakang LED melintang penuh, diikuti dengan perkataan Honda pada pintu belakang.

 


Sementara Honda e:NP2 (GAC) pula menampilkan unit lampu DRL berbentuk C pada bahagian depan dan belakang, sementara jenama Honda pula diposisikan lebih tinggi berbanding model e:NS2.

Info daripada laman web kementerian tersebut turut mendedahkan ukuran dimensi crossover ini.


 


Kedua-dua crossover itu berukuran 1,840 mm lebar, 1,570 mm tinggi, jarak antara roda sepanjang 2,735 mm, sementara ukuran panjang pula 4,788 mm (e:NP2 4,789 mm).

Selain itu, kedua-dua model tersebut dibekalkan dengan motor elektrik tunggal berkuasa 201 hp, dengan pek bateri berkapasiti 68.8 kWh.

Honda e:NS2 dan e:NP2 dijangka akan dilancarkan secara rasmi di pasaran China dalam masa terdekat.

e:NP2 Prototype
e:NS2 Prototype