Langkah pertama penglibatan Toyota adalah selaras dengan penganjuran Kejohanan Toyota Velocity E-sports, satu acara perlumbaan peringkat kebangsaan yang terbesar di Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Sunway Pyramid Blue Atrium dari 21 hingga 23 September ini.
Rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi pemandu simulator pemainan Gran Turismo ini boleh menyertai pertandingan ini tanpa sebarang yuran pendaftaran, walaubagaimanapun ia terhad kepada 400 pendaftaran terawal sahaja.
Menerusi permainan ini, para peserta akan diberikan peluang untuk mengendalikan sebuah Toyota Supra GR Concept yang cukup mengujakan di litar lumba lagenda Suzuka, Jepun dan berpeluang untuk merebut hadiah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM60,000.
Maklumat yang lebih terperinci tentang prosedur pendaftaran, program dan acara-acara menarik akan diumumkan tidak lama lagi menerusi laman rasmi Toyota di www.toyota.com.my