Perkara itu dimaklumkan wakil jurucakap bagi syarikat berkenaan kepada Reuters sebentar tadi.
Geely kini memegang saham Daimler sebanyak 9.69 peratus susulan pembelian bernilai kira-kira AS$9 bilion (RM35.2 bilion) semalam.
Pembelian itu meletakkan pengerusinya, Li Shufu sebagai pemegang saham terbesar Daimler.
Terdahulu, Geely juga merupakan pemegang saham terbesar bagi beberapa jenama lain seperti Volvo, London Taxi Company, Terrafugia dan Lotus.
Jangan tidak tahu, Geely turut memiliki separuh daripada pegangan saham di dalam Proton.