Geely pamer Bo Rui GE - sedan Plug In Hybrid yang mampu beri 1.6L untuk setiap 100 km!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat kenderaan persendirian terbesar China, Geely Auto hari ini membuka tirai Pertunjukan Auto Antarabangsa Beijing 2018 dengan Bo Rui GE, sedan kelas premium dengan teknologi-teknolog terbaharu.

Bo Rui GE merupakan kenderaan hibrid pertama buatan Geely dengan ciri pintar terbina dalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bo Rui GE Plug-In Hybrid itu dipersembahkan oleh Timbalan Presiden Kanan Rekabentuk bagi Geely, Peter Horbury. 

"Pengguna di China semakin sofistikated dan semakin matang dan ia membantu Geely untuk menjadi sebuah jenama global dengan kenderaan-kenderaan yang mendahului segmen masing-masing. Semuanya menampilkan sedikit citarasa China pada rekabentuknya," terang Horbury.

 

Dari gril "expanding universe" yang sinonim dengan rekaan model-model Geely terkini sehingga kepada lampu-lampu LED Bo Rui GE yang mendapat inspirasi dari peminat tradisional China dan juga bayangan tali riben seorang ahli jimnastik, rupa paras kenderaan terkini Geely memang sangat dibanggakan.

Papan pemuka Full Vision dari Emgrand Concept yang dipamerkan tahun lalu akhirnya berjaya disiapkan dan ia dilengkap ke dalam Bo Rui GE ini.
 

 

Bo Rui GE direka dengan sasaran jualan untuk generasi muda yang dilahirkan dalam pertengahan tahun 1980-an dan awal 1990-an.

Generasi tersebut dikatakan mudah untuk menghargai dan menerima teknologi terkini dan dengan mudah mahukan kelengkapan teknologi yang terkini pada kenderaan mereka. 
 

 

Bo Rui GE akan didatangkan dalam dua varian:

1. Menggunakan enjin 1.5L turbo dan transmisi 7- Dual Clutch Technology yang dibangunkan bersama Geely dan Volvo dan mampu menjadi sejimat 1.6L/100 km.

2. Enjin 1.5L turbo tetapi dengan sistem "mild-hybrod" dan hanya mampu menjimatkan bahan api sehingga 15 peratus (5.8L untuk setiap 100km)  berbanding dengan varian yang menggunakan enjin petrol biasa.


Bo Rui GE akan boleh dibeli pasaran China sahaja bermula dari tengah pertama tahun 2018.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…