GIVI THE MATTERHORN - PRODUK GIVI HASIL KERJA ANAK MALAYSIA DI ITALI

oleh Firdaus Razani|
Pengeluar aksesori motosikal terkemuka dari Itali, GIVI, baharu sahaja melancarkan produk kotak simpanan aluminium terbaharu iaitu “THE MATTERHORN MONOLOCK TOP CASE”.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran produk tersebut turut berlangsung bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 30 penubuhan GIVI Asia yang bertempat di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre.

Sambutan tersebut turut dihadiri oleh syarikat luar GIVI termasuk para pengedar sah GIVI dalam dan luar negara serta barisan media tempatan.

 

givi

 

Nama ”THE MATTERHORN” diambil bersempena dengan puncak gunung ikonik berbentuk piramid di Switzerland, dan kotak simpanan ini melambangkan keunikan, kekuatan dan ketahanan produk ini sendiri.

“THE MATTERHORN” merupakan kotak simpanan aluminium pertama buatan Malaysia yang telah dipatenkan dengan sistem Monolock dan sepenuhnya menggunakan bahan aluminium berkualiti tinggi.

Kotak simpanan aluminium yang telah diinovasikan kepada sistem Monolock ini sangat praktikal dan mesra pengguna buat semua penunggang motosikal dan lazimnya, buat masyarakat Asia.

 

givi

 

Ciri “Double-Hooked Locking System” merupakan inovasi sistem penguncian keselamatan terbaharu yang direka khas bagi memudahkan penunggang motosikal untuk mengunci dan akses barang dengan mudah apabila diperlukan.

Mengetengahkan rekabentuk penguncian yang sangat kemas, ianya praktikal buat penunggang motosikal untuk membuka dan mengunci kotak simpanan tanpa perlu mengambil masa yang lama.

Tampil dengan keistimewaannya yang tersendiri, kotak simpanan ini turut memperkenalkan “New CAM opening system” untuk keselamatan yang terjamin.

 

givi

 

Penunggang hanya perlu membuka kotak simpanan terlebih dahulu sebelum membukanya daripada bahagian tapak (base plate) kotak simpanan.

Direka dengan rekaan yang kemas dan cukup sempurna, ianya dikeluarkan dalam dua jenis kemasan iaitu MTN39A “Aluminium Finish” dan MTN39B “Black Painted”.

Ia turut mempunyai ruang penyimpanan yang baik dan tersusun, kotak simpanan ini menawarkan ruang yang mencukupi dengan ruangan storan berkapasiti 39 liter serta memuatkan sebuah topi keledar Modular.

 

givi

 

Tampil dengan harga perlancaran bermula dari RM420.00 sehingga RM450.00, The Matterhorn Aluminium Monolock Top case” akan berada di pasaran mulai Julai di GIVI Point serta pengedar-pengedar sah GIVI di seluruh dunia.

Kisah menarik disebalik pembuatan produk terbaharu ini adalah, ”THE MATTERHORN” telah direka bentuk oleh seorang anak Malaysia  bersama dengan bantuan Givi Itali.

Figura tersebut adalah Rozaida Ahmad Zaki, yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan merupakan seorang graduan di dalam jurusan Rekabentuk Industri di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

 

givi

 

Beliau berkhidmat di Givi sejak 2009 dan tugasnya bukan sahaja untuk merekabentuk produk-produk untuk pasaran tempatan, tetapi untuk membantu Givi Itali dalam rekabentuk komponen bagi produk antarabangsa jenama itu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan sudah pasti skuter kembara Kymco CV-L6.   Seperti yang anda lihat, Kymco CV-…
Berita Domestik
Sebanyak 4,046 helai baju hujan dan 202 pasang kasut hujan dengan jenama Givi disita dan nilai…
Pelancaran
Ia cukup untuk memuatkan dua helmet modular (flip-up) dengan alas lantai untuk memastikan barangan…