Terdahulu, laporan daripada The Information menyebut kedua-dua syarikat gergasi seru-pandu Asia Tenggara, Grab dan Gojek sedang menjalankan rundingan untuk bergabung, walaupun terdapat beberapa halangan seperti pembahagian kuasa dan kawalan selepas fasa gabungan.
Menurut jurucakap itu lagi, tiada sebarang rancangan penggabungan dibuat pada ketika ini, dan laporan media tersebut adalah tidak benar.
Grab walaubagaimanapun enggan memberikan komen terhadap isu tersebut.
Laporan terdahulu menyebut bahawa Gojek mahukan satu perjanjian yang membolehkan syarikat itu menguasai sebahagian daripada operasi gabungan, namun Grab pula mahukan kuasa penuh ke atas entiti tersebut termasuklah operasinya di Indonesia.
Sumber: Berita Harian SG