Golf R sambut ulang tahun yang ke-20!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai meraikan ulang tahun yang ke-20 semenjak pengenalan model Golf R R32 yang pertama memakai lencana R, Volkswagen kini melancarkan sebuah model edisi khas Golf R 20 Years.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Tidak seperti model biasa, Golf R 20 Years didatangkan dengan talaan enjin 2.0 liter yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 328 hp - menjadikannya model Golf yang paling berkuasa pernah wujud dari kilang.

Secara standard, Golf R 20 Years dilengkapi dengan logo R pada bahagian gril, fender dan belakang, perumah cermin sisi biru atau hitam, lencana 20 pada tiang B, serta imej '20R' pada lampu lopak.
 

Golf R


Keempat-empat sudut dipadankan dengan rim dua tona bersaiz 19 inci, atau pilihan warna hitam secara keseluruhan.

Selain daripada kelengkapan R-Performance yang merangkumi spoiler belakang, R-Performance Torque Vectoring dan penambahan mod pemanduan Special dan Drift, Golf R turut didatangkan dengan opsyen Emotion Start.

Sistem Emotion Start ini apabila diaktifkan akan sengaja membiarkan enjin melahu sehingga 2,500 rpm untuk memberikan runut bunyi permulaan yang lebih agresif.
 

Golf R


Ruang kabin pula menempatkan tempat duduk sports dengan kemasan upholsteri kulit Nappa, trim gentian karbon, serta logo R berwarna biru pada bahagian penghadang kepala.

Difahamkan, Volkswagen akan menjual Golf R 20 Years di beberapa pasaran utama seperti Eropah, Amerika Utara dan pasaran lain pada pertengahan tahun ini sehingga pertengahan tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Direka khas untuk litar Nürburgring-Nordschleife, mode “Special” memberikan Golf R talaan yang…
Model Terbaharu
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di dalam dunia selepas Jerman yang mempunyai kepakaran…
Berita Global
Untuk membangkitkan semula semangat jentera off-road yang hilang, syarikat Delta 4x4 tampil dengan…