Goodyear dedah tiga tayar prototaip berprestasi tinggi di Switzerland

oleh Afandi Che Muhamad|
Memahami kehendak pasaran automotif dunia yang kian berkembang, Goodyear selaku pengeluar tayar terkemuka dunia baru-baru ini tampil dengan tiga prototaip tayar baharu di Pameran Motor Antarabangsa Geneva dekat Switzerland.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kesemua tayar konsep baharu tersebut terdiri daripada Goodyear EfficientGrip Performance dengan Electric Drive Technology, Goodyear Intelligent dan Goodyear Oxygene.

Presiden Goodyear Benua Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Chris Delaney (gambar) berkata, penawaran produk berinovasi seperti itu merupakan bukti nyata bahawa Goodyear terus optimis dalam rencana mereka untuk merajai pasaran mobiliti masa hadapan.

"Lebih canggih infrastruktur pengangkutan ditawarkan, kita yakin ia membantu melancarkan perjalanan pengguna sekali gus menawarkan pengalaman pemanduan terbaik dari masa ke semasa meski pun tahun silih berganti.

"Ilham penghasilan ketiga-tiga produk berinovasi ini direalisasikan dengan bantuan daripada pengeluar kereta mengikut keperluan prestasi unik segmen kenderaan yang semakin berkembang ketika ini," katanya.

Enggan berkompromi dengan aspek keselamatan, Chris memberitahu, ketiga-tiga tayar yang dihasilkan menepati standard piawaian ditetapkan.

Tambah Chris, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Mengulas lanjut mengenai tayar Goodyear EfficientGrip Performance dengan Electric Drive Technology, ia sengaja dibina dengan kompaun bunga tayar optimum yang terbukti berkesan dalam menawarkan prestasi pecutan maksimum pada permukaan jalan basah, mengurangkan potensi bunyi peredaran tayar daripada didengari di bahagian dalam kabin, efisien menyokong beban kenderaan lebih baik berbanding tayar biasa dan menjimatkan penggunaan tenaga juga bahan api.

Beralih ke tayar konsep Goodyear Intelligent pula, ia dipasangkan dengan teknologi termaju yang membolehkan maklumat berkaitan tayar dibaca dengan mudah sebelum dihantar menerusi sistem algoritma berteraskan Cloud-Storage ke aplikasi mudah alih operator pengangkutan sebagai contoh Nissan dan sebagainya.

Kehadiran fitur pada tayar berkenaan memastikan pemandu sentiasa dapat mengetahui atau berinteraksi secara berterusan dengan data tayar sekali gus menyumbang kepada penggunaan tayar yang optima selain jimat kos penggunaan tenaga mahu pun bahan api.

Bercakap tentang tayar Goodyear Oxygene, ia sebenarnya merupakan tayar yang bersifat lebih mesra alam.

Penggunaan Goodyear Oxygene memberi impak kepada kelangsungan corak kehidupan lebih urban dan selamat pada masa hadapan.

Tahniah diucapkan kepada Goodyear atas kejayaan mereka yang bakal menyuntik teknologi maju seperti ini di dalam tayar kenderaan selepas ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…