Goodyear lancar 4 produk - Eagle F1 Assymmetric 6, Assurance MaxGuard, Wrangler Duratrac RT, ElectricDrive

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-125, Goodyear Asia Pasific memperlihatkan empat buah produk tayar serba baharu, iaitu tayar UHP Eagle F1 Assymetric 6, Assurance MaxGuard, Wrangler Duratrac RT dan tayar khas EV ElectricDrive.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

1. Eagle F1 Assymetric 6

eagle


Eagle F1 Assymetric 6 merupakan tayar terbaharu ultra-high-performance (UHP) dalam keluarga Eagle F1.

Tayar Assymetric 6 menawarkan kelebihan dari segi prestasi pengendalian yang tinggi, rekaan bunga yang mampu menawarkan pemanduan yang lebih senyap, serta prestasi pemberhentian yang lebih cemerlang terutama di atas jalan yang basah.

 

2. Assurance MaxGuard

AMG


Assurance MaxGuard merupakan penambahan terbaharu ke dalam keluarga tayar Assurance yang direka untuk menawarkan perlindungan dua-dalam-satu, selain jarak perbatuan yang terbaik di dalam kelasnya.

Teknologi ActiveGrip yang diinspirasikan daripada tayar konsep Goodyear 360 itu menawarkan jarak pemberhentian yang lebih pendek di atas laluan basah, selain meningkatkan tahap sentuhan getah dengan jalan raya.

Sementara teknologi binaan dua lapis DuraGuard menjadikan tayar MaxGuard ini lebih kuat dan tahan lasak, serta memberikan perlindungan berganda terhadap impak jalan raya.
 

3. Wrangler Duratrac RT

tayar


Tayar yang dihasilkan khusus untuk pemanduan di laluan off-road itu menampilkan binaan blok yang dioptimasikan untuk kadar cengkaman yang cemerlang di laluan berlumpur dan berpasir.

Teknologi DuraEdge pula tampil agresif, dan dalam masa yang sama membantu mengekalkan kadar cengkaman di laluan yang sukar, diikuti dengan teknologi Tri-Shield menampilkan dinding sisi tri-lapis untuk menghalang sebarang tusukan benda tajam.

Hasilnya, Wrangler Duratrac RT menawarkan prestasi 10 peratus lebih baik untuk pengendalian di laluan yang basah dan kering jika dibandingkan dengan tayar Wrangler DuraTrac yang terdahulu.
 

4. ElectricDrive

electric


Tayar pertama Goodyear yang direka khusus untuk kenderaan elektrik (EV), dengan menampilkan teknologi perlumbaan Electric Drive Ready (EDR) yang diambil daripada perlumbaan Goodyear ETCR.

Teknologi EDR itu menawarkan keupayaan untuk menampung penambahan beban disebabkan oleh berat bateri, selain kadar cengkaman yang cemerlang, pengurangan bunyi bising dan kadar rintangan golekan yang rendah.

ElectricDrive juga turut mempunyai kandungan kompaun khas yang direka untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

Bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, Goodyear Asia Pacific turut menganjurkan acara serantau bertemakan Goodyear: 125 Years in Motion yang menekankan sejarahnya yang kaya dengan penerokaan teknologi serta mengukuhkan komitmen terhadap kemampanan “Better Future”.

Berita Berkenaan

Informasi
    Dengan hampir 20 tahun berkhidmat di Goodyear, Traicoff telah memegang pelbagai peranan…