Pusat Goodyear AutoCare itu kini menawarkan pelbagai pilihan tayar-tayar terkini Goodyear bermula dari tayar mampu milik Assurance Duraplus 2, Assurance TripleMax 2 sehinggalah kepada tayar premium Eagle F1 Asymmetric 5.
Bukan itu sahaja, ACE Performance Wheel turut menyediakan ruang servis yang serba lengkap, bertujuan untuk menyediakan kepada pelanggan sebuah pusat sehenti untuk keperluan mereka.
Menurut Michelle Wo, Channel Development Manager Goodyear Malaysia berkata, "Dengan terdapat lebih daripada 200 cawangan yang akan ditambah pada tahun ini, misi kami adalah untuk mencapai lebih banyak pelanggan dalam usaha untuk menjadikan jenama Goodyear sebagai sebuah jenama UHP (Ultra High Performance).
Selain daripada itu, Goodyear juga giat mempromosikan kempen keselamatan jalan raya menerusi penggunaan tayar baharu dan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia.