Ben Hoge, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia semenjak tahun 2016 itu berhijrah ke Goodyear Eropah dan bakal mengetuai unit Operasi Jualan dan Akaun Utama Antarabangsa di ibu pejabat Goodyear EMEA di Brussels, Belgium berkuatkuasa 1 Ogos 2019.
Alex Ng menyertai pasukan Goodyear pada tahun 2008 sebagai Pengurus Besar (Singapura) sebelum menjadi Pengurus Besar Perniagaan Aviasi di Bangkok, Thailand pada 2009.
Beliau berpengalaman memegang pelbagai jawatan besar termasuklah Pengarah Peralatan Original (OE) Asia Pasifik dan Pengarah Pasaran untuk Pasaran Eksport, Singapura, Vietnam, Taiwan, Hongkong dan Filipina.
Alex Ng dijangka akan mengambil alih jawatan baharunya bermula suku keempat tahun ini dan pada masa ini ia bakal disandang oleh Andy Cooper selaku Pengarah Urusan Goodyear ASEAN.