Google Maps minta maaf sebab bagi jalan off-road kepada peminat F1

oleh Mohamad Hanif|
Google Maps baru-baru ini meminta maaf kepada sebilangan peminat F1 yang pulang dari Las Vegas GP kerana memberikan maklumat laluan yang tidak tepat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut salah seorang daripada mangsa, mereka menggunakan aplikasi Google Maps untuk pulang ke California.

Di pertengahan jalan, aplikasi tersebut memberikan amaran kepada pengguna berkenaan kewujudan ribut pasir berdekatan Interstate 15, dan dalam masa yang sama menawarkan laluan alternatif yang mampu memendekkan masa perjalanan.

Disebabkan tiada pilihan, beberapa pengguna jalan raya membuat keputusan untuk mengikut cadangan Google Maps tersebut, tanpa menyedari laluan tersebut berubah menjadi jalan batu kerikil dan jalan tanah sebelum menemui jalan buntu.

 


Mereka kemudian cuba untuk berpatah balik, namun proses itu agak sukar kerana terdapat beberapa kenderaan lain yang turut sama di belakang menggunakan 'laluan' tersebut.

Cubaan untuk menghubungi pihak berkuasa juga gagal, disebabkan pihak California Highway Patrol menjelaskan para pegawainya sibuk menguruskan beberapa kes kemalangan yang berlaku.

Menurut laporan Washington Post, ada di antara mangsa berdepan dengan insiden tayar pecah dan kerugian bernilai ribuan dollar disebabkan kerosakan yang dialami selepas menggunakan laluan tersebut.

 

@ktownk1d Video credit: @shelby; I couldn’t stitch it so I did it this way. But this is a real #road that people do get stuck on often. @Google needs to change this as a “viable” path. #offroading #f1vegas #vegasf1 #lasvegas ♬ original sound - Justin D. Bernardino


Dalam satu kenyataan rasmi, wakil jurucakap Google memberitahu pihaknya tidak lagi akan memberikan cadangan laluan off-road tersebut kepada penggunanya.

"Kami memohon maaf atas kejadian yang berlaku tempoh hari, dan mengesahkan tidak lagi akan memberikan cadangan laluan tersebut kepada pemandu yang membuat perjalanan antara Las Vegas dan Los Angeles."

Sumber: The Washington Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…
Berita Global
Fungsi terbaharu itu kini memaparkan pilihan laluan navigasi ke stesen pengecasan bagi menggantikan…
Berita Global
Dalam kejadian pada Khamis minggu lalu, kereta Honda HR-V yang mempunyai kamera pada bahagian atas…