Pemandu dari Finland itu berada di kedudukan kedua pada permulaan saingan dan mendahului perlumbaan ketika pendahulu kempen 2020 yang juga juara enam kali, Hamilton dikenakan dua penalti lima saat kerana melakukan kesalahan ketika sesi latihan sebelum bermulanya saingan.
Hamilton yang dalam misi menyamai rekod 91 kemenangan GP, Michael Schumacher, kembali menyertai saingan di kedudukan ke-11, namun mampu menunjukkan kemampuan dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang Bottas dan naib juara, Max Verstappen dari pasukan Red Bull.
Ini kali keenam tahun ini ketiga-tiga pemandu itu berada bersama di pentas podium, namun ia menggembirakan buat Bottas yang meraih kemenangan keduanya di Russia dan kedua musim ini.
Kemenangannya itu meletakkan harapannya untuk mencabar gelaran pelumba semakin terbuka dan merapatkan jurang dengan Hamilton kepada 44 mata.
Pemandu Racing Point, Sergio Perez berada di tempat keempat manakala Daniel Ricciardo (Renault) di tempat kelima. Charles Leclerc yang mewakili pasukan Ferrari, berada di tempat keenam.
Hamilton dalam pada itu tidak mahu membuka mulut mengenai penalti yang dikenakan terhadapnya namun berterima kasih kepada penyokong di Russia.
. - Agensi